fbpx

Azizulhasni sandaran bawa pulang emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIZULHASNI sekali lagi memikul impian jutaan rakyat Malaysia untuk menyaksikan kilauan emas pertama negara dari pentas Olimpik.

SASARAN tiga pingat dengan salah satu daripadanya kilauan pingat emas se­perti yang diumumkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo boleh dianggap sebagai realistik.

Sebagai rekod, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican kelmarin meletakkan petunjuk prestasi semasa (KPI) tersebut dengan menyandarkan pada tiga sukan utama iaitu badminton, berbasikal trek dan terjun.

Pemerhati sukan tempatan, Dr. Pekan Ramli berkata, apa yang diumumkan oleh KBS itu adalah langkah selamat dalam usaha menunaikan harapan jutaan rakyat Malaysia untuk menyaksikan kilauan pingat emas Olimpik dapat digenggam.

“Saya berpendapat sasaran tiga pingat adalah pilihan yang cukup selamat dengan salah satu­nya menjanjikan kilauan pi­ngat emas. Berdasarkan prestasi semasa, saya rasa ia bukanlah misi mustahil sebaliknya realistik.

“Tambahan pula, dalam kontinjen kali ini kita memiliki tiga atlet yang berpengalaman meraih pingat Olimpik sebelum ini seperti Datuk Azizulhasni Awang, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong.

“Kita sudah tidak boleh lagi ketinggalan dengan negara-negara serantau seperti Thailand, Indonesia dan Singapura yang sudah menggenggam pingat emas sebelum ini dan berpotensi untuk menambah koleksi di Tokyo nanti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Mengulas mengenai siapa calon terbaik untuk meraih pingat emas kali ini, Pekan percaya sandaran tersebut wajar diberikan kepada Azizulhasni yang merupakan jaguh berbasikal trek negara.

“Ini bukanlah kali pertama Azizulhasni menjadi sandaran negara kerana tanggungjawab sudah diletakkan di bahunya sejak edisi 2008 lagi dan ini adalah temasya keempat peribadinya.

“Berbekalkan latihan di luar negara sejak sekian lama, saya lihat ini adalah detik terbaik buat Azizulhasni menyumbangkan pingat emas kerana dia berada di puncak prestasi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI