SEMPENA sambutan Hari Raya Aidiladha yang disambut semalam, pasangan selebriti Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar dilaporkan telah menyediakan sebanyak 23 ekor kambing bagi menyempurnakan ibadah korban tahun ini.
Malah, Atta turut membeli seekor lembu seberat 1.4 tan (1,400 kilogram) untuk sembelihan dan diagihkan kepada orang ramai.
“Lembu itu diberi nama Gerandung dengan berat mencapai 1.4 tan. Kalau ikutkan saya dan isteri merancang untuk membeli lembu yang lebih besar daripada Gerandung, tetapi sayangnya lembu seberat 1.6 tan itu telah dibeli oleh orang lain,” ujarnya.
Ujar Atta lagi, isterinya berasa sangat gembira kerana impiannya menyediakan haiwan korban dalam jumlah yang besar tercapai.
“Alhamdulillah. Akhirnya hajat saya untuk ‘berkorban’ pada tahun ini tercapai dan dipermudahkan,” jelas Aurel.