fbpx

Antabax agih sumbangan kepada KPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan KPJ menyerahkan produk Antabax kepada pengguna yang mendapat suntikan vaksin.

PETALING JAYA – Antabax, jenama penjagaan diri antibakteria halal menganjurkan kempen I am Back In Action bertujuan un­tuk meningkatkan lagi penge­tahuan masyarakat tentang prosedur operasi stan­dard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan untuk bagi menjaga tahap kesihatan terbaik.

Pengurus Kanan Produk Antabax, Fiona Huang berkata, Kempen #imBAXinAction akan melibatkan beberapa siri program bagi memberikan keyakinan dan perlindungan kepada masyarakat dalam norma baharu ini.

“Kempen ini melibatkan sesi pengagihan Penyembur Pen­sanitasi Tangan Antabax kepada individu yang telah mendapatkan suntikan vaksin.

“Kami juga akan bekerjasama dengan peneraju perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta, KPJ Healthcare Bhd. (KPJ),” kata­nya dalam kenyataan.

Menurut Huang, pengagihan sumbangan melibatkan empat hospital pakar Kumpulan tersebut iaitu KPJ Tawakkal KL, KPJ Selangor, KPJ Ampang Pu­teri dan KPJ Damansara.

Selain itu, semburan pensanitasi tangan juga akan disediakan di Sunway Putra Mall bagi orang ramai yang mendapatkan vaksin di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Sebelum kempen ini, Antabax telah bergerak aktif bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan institusi pendidikan swasta dalam mendidik masyarakat umum tentang kepentingan kebersihan tangan menerusi penganjuran pelbagai kempen. 

Ini termasuk kempen Tangan Bersih, Hidup Sihat, yang mana syarikat berpeluang mendidik lebih dua juta rakyat Malaysia cara yang betul untuk membersihkan tangan mereka. 

“Apabila Covid-19 menjadi pandemik, kebersihan tangan menjadi lebih penting. Kami telah menyaksikan peningkatan permintaan terhadap produk-produk pembersihan dan pensantiasi tangan dalam tempoh setahun setengah lalu,” ujarnya.

Sementara itu, Antabax juga menganjurkan pelbagai peraduan menerusi laman sosial dan memberikan ganjaran berupa baucar Shopee sepanjang tempoh kempen. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI