fbpx

7 kenderaan cuba rentas negeri dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rohaimi (tengah) memeriksa sebuah kereta yang melalui SJR Kuala Dungun hari ini.

DUNGUN – Sebanyak tujuh kenderaan dikesan cuba merentas negeri tanpa kebenaran dipercayai untuk menyambut Hari Raya Aidiladha di Terengganu sejak Ahad lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, kesemua kenderaan yang ditahan di sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri tersebut telah diarah berpatah balik.

“Ketujuh-tujuh pengguna jalan raya itu juga telah dikenakan kompaun RM5,000 bagi setiap seorang setelah mereka gagal mengemukakan surat kebenaran rentas negeri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Enam kenderaan tersebut ditahan di SJR di daerah Besut manakala satu lagi Kemaman,” katanya ketika ditemui selepas memantau pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) Mukim Kuala Dungun di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI