SEBERANG PERAI – Seramai 48 warga Bangladesh dan seorang warga tempatan masing-masing direman selama empat dan tiga hari bagi siasatan lanjut berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) semasa solat sunat Aidiladha di pekarangan Surau Taman Pelangi, Juru di semalam.
Perintah reman ke atas warga asing berusia 20 hingga 43 tahun itu bermula hari ini sehingga Sabtu ini, manakala suspek warga tempatan berusia 64 tahun direman sehingga Jumaat.
Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Hasliza Razak bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, kesemua suspek yang dibawa dengan menaiki tiga buah trak polis tiba di pekarangan mahkamah kira-kira 10.10 pagi.
Semalam tular di media sosial rakaman video orang awam yang memaparkan ratusan individu yang didakwa warga asing sedang menunaikan solat sunat Aidiladha di kawasan lapang berdekatan pangsapuri di Taman Pelangi, Juru di sini kira-kira pukul 8.30 pagi.
Polis kemudiannya menjalankan usaha mengesan kira-kira 200 individu yang dipercayai menghadiri acara tersebut.
Siasatan polis mendapati ikumpulan itu berbuat demikian selepas pengurusan surau tidak membenarkan mereka menunaikan solat di bahagian dalam kerana melebihi had ditetapkan. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929