fbpx

199 kematian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kes kematian merekodkan angka tertinggi dengan 199 kes hari ini, menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 sebanyak 7,440 kes.

Menurut ciapan Twitter Kementerian Kesihatan, kes baharu mencatatkan sebanyak 11,985 kes dengan tujuh kes import serta jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 951,884 kes.

“Kes aktif pula mencatatkan sebanyak 137,587 kes termasuk 927 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 459 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Pesakit sembuh mencatatkan sebanyak 7,902 kes dengan jumlah kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak  806,857 kes,” ujarnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI