fbpx

12,295 pokok hutan telah ditanam di HSK Batu Talam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aktiviti penananam pokok hutan dan berjalan lancar di kawasan HSK Batu Talam di Raub.

RAUB – Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) telah menanam sebanyak 12,295 pokok hutan di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di sini setakat ini bagi menggantikan pokok-pokok durian musang king yang telah ditebang.

Penolong Pengarah Pejabat Pembangunan Hutan Pahang Barat, JPNP, Wan Ghazali Wan Ali berkata, aktiviti penanaman pokok hutan berjalan lancar dengan sasaran 20,000 pokok ditanam di kawasan seluas 101 hektar itu.

“Kita hanya cuti sehari sahaja untuk menyambut Aidiladha dan kerja menanam akan disambung semula hari ini membabitkan antara 60 hingga 75 kakitangan JPNP daripada beberapa Pejabat Hutan Daerah.

“Program menanam pokok hutan terdiri daripada jenis merawan, meranti, balau, keruing dan beberapa spesies lain akan dilakukan hingga selesai dalam kawasan seluas 101 hektar itu,”katanya di sini, hari ini.

Baru-baru ini JPNP selesai melaksanakan Operasi Pamah dengan menebang kira-kira 15,000 pokok durian musang king yang ditanam di kawasan hutan simpan yang merupakan kawasan tadahan air berkenaan.

Dalam pada itu, Wan Ghazali berkata, pihaknya turut menanam sebanyak 610 pokok nadir termasuklah tampoi dan sentul di kawasan berkenaan dalam usaha menjadikan kawasan hutan terbabit sebagai hutan semulajadi yang mempunyai pelbagai spesis pokok.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI