fbpx

Wanita hasilkan topeng muka guna susu ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Linh Ta menghasilkan topeng muka daripada tisu basah yang direndam dalam susu ibu. -TikTok

SAN FRANCISCO, California – Seorang wanita menghasilkan topeng muka daripada  susu ibu untuk menghilangkan jerawat pada wajah bayinya, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Linh Ta memuat naik video dalam aplikasi sosial TikTok yang menunjukkan dia menggunakan tisu lembap yang  dipotong mengikut bentuk mata dan mulut bayinya.

Dia kemudian merendam topeng wajah itu dalam larutan susu ibu dan ditekapkan pada wajah anaknya itu.

“Saya menghasilkan topeng muka itu kerana bosan dan untuk berseronok,” jelas Linh Ta pada keterangan video itu.

Dia menggunakan ramuan susu ibu itu selepas menyedari jerawat merah pada wajah anaknya.

Ketika ini, belum ada kajian yang menyokong susu ibu untuk menyembuhkan jerawat namun susu ibu mempunyai sifat anti-mikrob dan secara teorinya, ia mampu membersihkan kulit bayi dan membantu menghilangkan bakteria yang menyebabkan pori-pori tersumbat.

Kaedah kreatif Linh Ta menjadi tular di media sosial dan dia menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

“Bayi anda akan suka melihat gambar ini apabila dia berusia 16 tahun kelak,” tulis seorang netizen.

“Ini adalah sesuatu yang sangat comel,” tulis seorang lagi netizen.

Bagaimanapun, seorang ahli paediatrik berkata jerawat pada bayi disebabkan oleh hormon yang diperoleh daripada ibunya ketika proses kelahiran dan ia akan hilang dalam masa beberapa hari atau minggu. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI