PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menasihatkan kumpulan bantuan kemanusiaan ke Palestine (HM4P) untuk pulang ke tanah air.
Menurut Ismail Sabri, arahan tersebut dikeluarkan selepas beliau mengadakan sidang video bersama ketua misi HM4P, Datuk Seri Azeez Rahim yang kini berada di Kaherah, Mesir.
“Oleh kerana keadaan di Gaza masih tidak menentu, maka saya menasihati Datuk Seri Azeez dan pasukannya untuk pulang dahulu ke Malaysia.
“InsyaAllah jika keadaan stabil mereka boleh ke Gaza semula,” katanya pada hantaran di laman Facebook sebentar tadi.
Terdahulu, misi kemanusiaan HM4P selama dua minggu anjuran Biro Kebajikan UMNO (Bikum) yang dipengerusikan oleh Abdul Azeez berlepas ke Jordan pada 16 Jun.
Misi itu bertujuan menghantar bantuan makanan dan ubat-ubatan ke dua lokasi tersebut yang terjejas selepas serangan tentera Zionis. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929