KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, di sini sebentar tadi.
Keberangkatan tiba baginda jam 7.50 pagi itu disambut barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dan pegawai kerajaan negeri Terengganu.
Turut berangkat anakanda baginda, Yang Dipertuan Muda, Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Sri Setia Mahkota Raja, Tengku Muhammad Mua’az.
Mufti Terengganu, Dr. Mohamad Sabri Haron mengimamkan solat sunat berkenaan selain turut membacakan khutbah Aidiladha.
Solat sunat Aidiladha di Terengganu dibenarkan dengan jumlah jemaah mengikut keluasan masjid dan surau dan hanya dibenarkan kepada jemaah lelaki. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929