fbpx

Sorok dalam but kereta untuk rentas negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA lelaki warga Indonesia berhimpit dalam bonet kereta untuk merentas negeri di SJR Kilometer 30, Jalan Feri dekat Hutan Melintang hari ini.-Foto IHSAN PDRM

TELUK INTAN – Cubaan tiga lelaki Indonesia menyorok dalam but sebuah kereta untuk merentas negeri gagal semasa pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) Kilometer 30, Jalan Feri dekat Hutan Melintang hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, warga asing berusia 18, 32 dan 36 tahun ditahan bersama pemandu kereta sewa iaitu lelaki tempatan berusia 36 tahun.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kereta jenis Perodua Bezza itu dalam perjalanan menghala Hutan Melintang.

Katanya, pemeriksaan kemudian menjumpai tiga lelaki warga asing berbaring dalam keadaan berhimpit pada bahagian but.

“Kesemua lelaki warga asing itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri yang sah.

“Mereka dalam perjalanan dari Sabak Bernam melalui Hutan Melintang ke Batu Gajah untuk mencari kerja sebagai tukang kebun,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, lelaki warga tempatan yang bertindak sebagai pemandu untuk menghantar warga asing tersebut ke Batu Gajah mendapat bayaran RM300 setiap seorang.

Katanya, keempat-empat lelaki itu juga tidak mempunyai sebarang dokumen surat rentas negeri.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI