fbpx

Sia-sia tempuh 180km, PPV tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penat lelah seorang warga emas menempuh perjalanan sejauh 180km untuk mendapatkan suntikan vaksin sia-sia apabila PPV yang terletak di Rompin, Pahang tidak beroperasi hari ini.

PETALING JAYA – Kesusahan seorang wanita warga emas menempuh perjalanan sejauh 140kilometer (km) untuk mendapatkan suntikan di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) menjadi sia-sia apabila PPV yang terletak di Rompin, Pahang terbabit didapati tidak beroperasi, hari ini.

Syahir Samsuri menerusi ciapan di Twitter berkata, ibunya yang berusia 66 tahun telah menerima notifikasi janji temu suntikan vaksin bertarikh 20 Julai 2021 pada pukul 11.30 pagi.

“Abang aku sudah telefon hendak sahkan tarikh. Tetapi pihak berkenaan suruh hadir mengikut tarikh yang ditetapkan dalam MySejahtera. Sudah sampai boleh tutup pula. Tahu tak berapa jauh rumah emak aku ke Rompin? 140km!

“Emak aku dapat mesej tunda vaksin hari esok. Sungguh menyusahkan. Tolong latih operator di meja bantuan yang ikut suka sahaja suruh datang walhal PPV tutup. Hendak telefon susah, sudah dapat telefon menyusahkan orang,” ciapnya di laman sosial tersebut hari ini.

Hantaran itu diulang kicau lebih 1,200 kali dengan kebanyakan pengguna media sosial bersimpati dengan nasib yang menimpa ibu lelaki berkenaan.

“140km? Pergi balik sudah 280km. Semput,” komen @mhmdfyzle.

“Allah nak uji tuan. Hendak bagi pahala lebih pada hari raya yang mulia ini. Bersabarlah ya,” ujar pemilik akaun Twitter bernama Unpopular Opinions Malaysia.

Ada juga dalam kalangan netizen meminta Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyiasat isu berkenaan.

“@Khairykj mohon semak bagaimana boleh jadi begini. Perkara yang amat menyusahkan rakyat. Mohon bertanggungjawab,” ulas @HaikalFerraro. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI