fbpx

Rakyat Thailand boikot Foodpanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman menunjukkan seorang penghantar makanan Foodpanda menyertai demonstrasi pro demokrasi di Bangkok, semalam. - Coconuts

BANGKOK – Syarikat penghantar makanan Foodpanda di Thailand berdepan kritikan hebat apabila mengumumkan akan memecat mana-mana pekerja yang mengambil bahagian dalam demostrasi pro demokrasi, lapor laman berita Thaigernews, semalam.

Pengguna dan restoran yang terlibat dalam perkhidmatan menghantar makanan menyatakan pendirian mereka untuk memboikot perkhidmatan tersebut.

Tindakan boikot atau digelar pandacott itu berlaku selepas syarikat itu merancang memecat seorang penghantar makanan yang dirakam berada di lokasi demonstrasi berlangsung.

Syarikat itu mengatakan bahawa tunjuk perasaan itu berada di bawah dasar syarikat yang menentang kekerasan dan keganasan.

Penunggang itu didakwa membakar potret kerajaan. Susulan kejadian itu, Foodpanda memaklumkan pihaknya akan mengkaji perkara itu dan memecat penunggang tersebut.

Ramai penunjuk perasaan dan wartawan dilaporkan cedera dalam tunjuk perasaan yang membantah kegagalan menguruskan wabak Covid-19 dan kekangan bekalan vaksin, semalam.

Sejumlah penunjuk perasaan itu turut menuntut Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha meletak jawatan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI