fbpx

Polis siasat tindakan sekeluarga keluar dari kawasan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan yang tular sebuah keluarga keluar daripada kawasan PKPD di Sungai Isap, Kuantan.

KUANTAN – Polis sedang giat mengesan satu keluarga yang dipercayai meloloskan diri dengan melompat pagar sebuah taman perumahan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, kertas siasatan berkaitan tindakan tidak bertanggungjawab itu akan dibuka dan tindakan tegas akan diambil terhadap keluarga berkenaan.

“Siasatan sedang dijalankan bagi mengenalpasti identiti individu yang didapati keluar tanpa kebenaran dari kawasan PKPD dan kita juga meminta individu iaitu perakam video yang merakamkan kejadian berkenaan untuk tampil bagi membantu siasatan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 iaitu enggan mematuhi apa-apa perintah pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen 15 berkaitan arahan pegawai diberi kuasa untuk Person Under Surveillance (PUS) menjalani pemerhatian di mana-mana tempat dalam tempoh yang difikirkan patut.

“Jika sabit kesalahan mereka boleh dikompaun sebanyak RM3,000,”katanya selepas melakukan tinjauan di kawasan PKPD Sungai Isap, dekat sini, hari ini.

Mohamad Noor turut memaklumkan bahawa siasatan turut dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia (SKMM) susulan penyebaran rakaman video berdurasi 32 saat yang memaparkan tindakan satu keluarga meloloskan diri menerusi pagar di sebuah taman yang dikenakan PKPD.

Dalam video terbabit turut memaparkan ada individu menunggu dengan kenderaan lain yang diletakkan di jalan besar berhampiran kawasan perumahan tersebut. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI