fbpx

Pogacar pertahan kejuaraan TdF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POGACAR muncul juara TdF buat kali kedua berturut-turut sekali gus menjadi tonik terbaik buatnya sebelum menyertai saingan Olimpik di Tokyo nanti. – AFP

PARIS – Pelumba Slovenia, Tadej Pogacar menjadi pelumba termuda meraih gelaran Tour de France (TdF) dua kali berturut-turut sekali gus menjadi persiapan terbaik me­nuju ke temasya Sukan Olimpik Tokyo, Jepun.

Pogacar yang beraksi bersama pasukan UAE Team Emi­rates menjadi pelumba terbaik pada saingan itu dengan menamatkan tiga peringkat perlumbaan dan mengakhiri 21 peringkat perlumbaan dengan catatan 82 jam 56 minit 36 saat sekali gus merangkul jersi ku­ning.

Pada saingan tersebut, Pogacar berjaya mengatasi tekanan selepas meninggalkan pelumba Denmark, Jonas Vingegaard dengan perbezaan lima minit 20 saat manakala pelumba Ecuador, Richard Carapaz tempat ketiga.

“Tahun lalu, saya sepatutnya menulis ucapan kemenangan pertama di Tour de France tetapi saya tidak tahu apa yang perlu ditulis. Tahun ini, saya akan bercakap terus dari hati atas kejayaan sekali lagi di perlumbaan berprestij ini.

“Saya tidak da­pat menggambar­kan betapa gembira saya menjadi sebahagian daripada pasukan ini. Mereka bersama saya pada setiap hari ini untuk me­lakukan persiapan menyertai perlumbaan jelajah.

“Terima kasih kepada semua yang menyokong saya selama ini dan kejayaan ini adalah satu kemenangan paling manis dalam karier perlumbaan saya,” kata pelumba berusia 22 tahun tersebut.

Pelumba Belgium, Wout Van Aert menawan peringkat ke-21 selepas mengatasi Jasper Philipsen (Alpecin-Fenix) tempat kedua manakala Mark Ca­vendish tempat ketiga.

“Tour de France adalah sai­ngan paling mencabar dan saya berjaya melakukannya di peringkat terakhir. Bagaimanapun, saya hanya pelumba biasa jika ingin dibandingkan dengan Pogacar.

“Apa pun kemenangan ini adalah satu pembakar sema­ngat sebelum ke Tokyo. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk me­raih pingat di
sana nanti,” ka­tanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI