PETALING JAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di dua perkampungan Orang Asli di Rompin, Pahang iaitu Kampung Kerpal dan Kampung Pinang bakal ditamatkan esok.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penamatan perintah tersebut adalah mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu bermula pada 8 Julai dan ditamatkan 21 Julai 2021 (esok).
Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai situasi semasa, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di lokaliti-lokaliti terbabit,” katanya melalui satu kenyataan di sini sebentar tadi. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929