fbpx

Penganjur solat sunat Aidiladha di Pulau Pinang akan dikenakan tindakan tegas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangap layar video tular memaparkan warga asing mengadakan solat sunat Aidiladha di Taman Pelangi, Juru hari ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan bahawa tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati terlibat menganjurkan aktiviti solat sunat Aidiladha di Seberang Perai, Pulau Pinang pagi tadi sehingga didakwa berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Jabatan Imigresen juga diarahkan untuk tidak teragak-agak mengambil tindakan pengusiran di bawah Akta Imigresen 1958/63 sekiranya ia membabitkan penglibatan warga asing.

Beliau berkata, siasatan lanjut secara terperinci susulan penularan video berkenaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) solat Hari Raya Aidiladha di Seberang Perai Tengah, pagi tadi telahpun dibuat pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah.

“Selain itu, Ketua Polis Pulau Pinang juga diminta untuk memberikan laporan serta penjelasan terperinci dengan segera berhubung penugasan anggota PDRM yang dipertanggungjawabkan untuk memantau pematuhan SOP di lapangan terutamanya semasa perayaan Hari Raya Aidiladha tahun ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Hamzah berkata, orang awam diseru untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menyentuh sensitiviti agama dan
perkauman yang boleh mendatangkan ketidakteraman awam eementara siasatan dimuktamadkan kementerian.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan polis mengesan kira-kira 200 jemaah yang melakukan solat sunat Aidiladha di kawasan lapang berdekatan Surau Taman Pelangi, Juru di sini hari ini.

Ia bagi membantu siasatan dakwaan berlaku pelanggaran SOP ketika mereka menunaikan solat tersebut kira-kira pukul 8.30 pagi.

Siasatan itu dibuat selepas tular di media sosial satu rakaman video orang awam yang didakwa ratusan warga asing sedang melakukan solat sunat Aidiladha di kawasan lapang berdekatan pangsapuri didakwa berlaku di Taman Pelangi, Juru. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI