IPOH – Dua keping foto memaparkan pemandangan pekan Brinchang di Cameron Highlands,Pahang pada waktu senja dan malam yang kelihatan lengang tanpa kenderaan menggambit perhatian warga maya.
Foto berkenaan menunjukkan suasana Brincang yang sunyi tanpa kehadiran pelancong asalnya daripada laman Facebook, Hishamudin Abdul Rahman sebelum dikongsi beberapa platform termasuk Viral Perak.
Brinchang yang merupakan pekan kedua terbesar di Cameron Highlands terletak kira-kira dua kilometer (km) dari Tanah Rata dan tiga km dari Kea Farm.
Bagaimana pun, Brinchang yang membangun padat dengan kedai-kedai, hotel dan inap desa merupakan lokasi tumpuan pelancong di tanah tinggi peranginan ini khususnya dalam kalangan pengunjung tempatan termasuk dari Perak.
Salah satu tarikannya adalah pasar malam Brinchang yang menjadi tumpuan ribuan pengunjung terutamanya semasa cuti umum atau cuti persekolahan kerana terdapat banyak gera-gerai selain jualan pelbagai sayur-sayuran.
Paparan foto itu mendapat pelbagai komen menghiburkan daripada warga maya yang rata-ratanya adalah rakyat negeri Perak.
Mimosa Pudica misalnya memberi komen, “Pindahkan Brinchang ke Perak…Than boleh la kita merentas naik atas tu.
Komen Fiq Shafiq pula, “Jalan mula-mula dulu pun dibina dari Tapah. Orang Pahang pun kalo nak ke Cameron dulu kena masuk Perak dulu. Mane ada jalan dari Pahang sana.- K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929