fbpx

MAG sasar pengeluaran 20,000 tan udang setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandangan dari udara kolam udang milik kumpulan di Sabah.

PETALING JAYA – MAG Hol­dings Bhd. (MAG) terus mengintai peluang membeli ladang ternakan udang baharu, sehubungan pengambilalihan North Cube Sdn. Bhd. (NCUBE) baru-baru ini yang telah mengukuhkan kedudukan

Kumpulan sebagai salah satu da­ripada tiga pemain utama dalam industri akuakultur negara.

Selepas pengambilalihan tersebut, MAG memiliki kapasiti pembiakan 4,000 tan udang putih setahun dengan 235 kolam ternakan udang.

MAG bercadang untuk me­ningkatkan kapasitinya kepada 20,000 tan setahun dalam tempoh lima tahun akan datang dengan membeli lebih banyak ladang ternakan di Sabah, seterusnya meningkatkan penguasaan pasarannya di Malaysia kepada sekitar 35 peratus.

Buat masa ini, kapasiti pem­biakan udang di Malaysia dianggarkan kira-kira 40,000 tan setahun.

Pengerusi Eksekutif MAG, Ng Min Lin berkata, pandemik telah mencipta vakum bekalan udang disebabkan gangguan rantaian pembekalan ekoran penutupan ekonomi seperti di Indonesia, India, Ecuador dan Amerika Selatan.

“Pengeluar di negara ini berdepan gangguan daripada segi logistik dan bekalan, manakala isu di pelabuhan bermakna sukar bagi mereka untuk memenuhi tawaran eksport.

“Ketika kami menerima banyak pertanyaan untuk eksport, masalah sama turut dihadapi pemain kecil tempatan.

“Mereka teruk terkesan sejak pandemik dan ini memberikan kami kelebihan.

“Kami berhasrat untuk mendapatkan pasaran yang terbuka luas dan meningkatkan lagi penguasaan pasaran di sini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Industri ternakan udang di Malaysia mewakili 24.8 peratus daripada jumlah pengeluaran akuakultur negara dan menyumbang 41.3 peratus daripada nilai pengeluaran pada 2019.

Menuju ke hadapan, industri ini diunjurkan akan berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan terkompaun sebanyak 11.9 peratus, daripada RM1.13 bilion pada 2020 kepada RM1.99 bilion pada 2025.

Menurut Min Lin, pihaknya menjangkakan pasaran eksport akan terus menjadi pemacu utama perniagaannya, dengan memanfaatkan nilai dolar Amerika Syarikat yang kukuh dan mengisi kekurangan bekalan ke Korea Selatan, Australia serta China.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI