fbpx

Lelaki gelang ‘pink’ ditahan pandu kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki yang mengadu sesak nafas di SJR sebelum diiring ke HSAH malam semalam.

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki berusia 38 tahun yang dipakaikan gelang merah jambu kerana dipercayai positif Covid-19 ditahan kerana memandu kereta di sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Sungai Petani Utara di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, lelaki terbabit dari Taman Kempas di sini memandu kereta tersebut untuk ke hospital selepas mendakwa sakit dada dan sukar bernafas sebelum ditahan di SJR itu pada pukul 10.30 malam.

Menurutnya, lelaki terbabit mendakwa dia terpaksa memandu kereta Perodua Kancil itu selepas mendapati ambulans lambat datang mengambilnya di rumah untuk dihantar ke hospital.

“Ketika ditahan lelaki tersebut berada dalam keadaan sukar bernafas dan sakit dada.

“Lelaki itu yang tinggal seorang diri di Taman Kempas memandu kereta tersebut untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melakukan pemantauan di SJR Plaza Tol Sungai Petani Utara di sini malam semalam.

Adzli memberitahu, beliau kemudian mengarahkan anggota polis yang bertugas di SJR itu supaya mengiringi kereta berkenaan sehingga HSAH. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI