fbpx

Lelaki antivaksin ajak polis ‘berdebat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki berusia 29 tahun yang mengeluarkan kata-kata kesat kepada pihak polis semalam sudah diberkas malam tadi.

PETALING JAYA – Mungkin terlalu bijak dan terlampau celik undang-undang, seorang lelaki dengan biadap mempersoalkan tindakan anggota polis mengeluarkan kompaun ke atasnya kerana tidak memakai pelitup muka ketika mengisi petrol di sebuah stesen minyak.

Menerusi satu klip video yang tular di laman sosial ketika ini, lelaki tersebut dilihat seolah-olah cuba berdebat dalam usaha ‘membenarkan’ perbuatannya itu kepada polis ketika diminta untuk menyerahkan kad pengenalan kerana berdegil untuk tidak memakai pelitup muka.

Lelaki tersebut turut berkata di Denmark kajian telah menunjukkan pemakaian pelitup muka hanya menyusahkan dan membahayakan penggunanya.

Kata lelaki itu lagi, dia juga tidak akan menerima vaksin kerana ada satu lagi kajian di Amerika Syarikat yang menyatakan vaksin Covid-19 adalah berbahaya dan tidak selamat.

“Saya tidak tahu di Denmark sebab saya tak pernah sampai ke sana, kalau nak ikut undang-undang sana pergi duduk di sana,” jelas salah seorang anggota polis tersebut.

Rata-rata orang ramai juga tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh lelaki tersebut dan menganggap perbuatan itu hanya untuk melakukan provokasi terhadap tugas pihak berkuasa semata-mata.

“Ada lagi rupanya jenis manusia seperti ini. Cukup la kesian dekat polis yang menjalankan tugasan mereka, dah kamu yang salah mengaku saja. Kalau cakap baik-baik mungkin polis nasihat sahaja,” kata Wan Aziz Ibrahim. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI