fbpx

Karisma takutkan tarian Madhuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KARISMA KAPOOR

AKTRES Karisma Kapoor mendedahkan bahawa dia pernah menolak tawaran untuk membintangi filem percintaan epik, Dil To Pagal Hai apabila mendapat tahu perlu beradu tarian dengan aktres Madhuri Dixit.

Bahkan bukan sahaja Karisma, beberapa pelakon wanita lain turut menolak tawaran tersebut kerana enggan mengambil risiko ‘ditenggelami’ kehebatan lakonan dan tarian pelakon yang sememangnya terkenal dengan kehebatan tariannya itu.

Ujar Karisma, sebelum watak Nisha dalam filem tersebut ditawarkan kepadanya, beberapa pelakon wanita lain terlebih dahulu ditawarkan memegang watak tersebut.

“Semuanya gentar termasuk saya apabila diberitahu akan bergandingan dengan Madhuri dan perlu menari di sampingnya dalam filem tersebut.

“Saya tidak boleh bayangkan perasaan untuk berada pada tahap yang sama dengan pelakon sehebat dia (Madhuri),” katanya.

Niat Karisma menolak tawaran tersebut terbantut selepas dipujuk ibunya yang juga pelakon veteran, Babita Kapoor supaya menyahut perkara itu sebagai satu cabaran.

“Ibu memaksa saya untuk menerima tawaran tersebut dan mengingatkan saya bahawa berlakon di samping Madhuri mungkin datang cuma sekali dalam seumur hidup,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI