fbpx

Kadar vaksinasi Kanada atasi AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau (bertali leher) bercakap dengan orang awam ketika melawat sebuah pusat vaksinasi di Montreal, Quebec, Kanada pada 15 Julai lalu. -CNN

OTTAWA – Kanada minggu ini mencatat kadar vaksinasi memberangsangkan apabila telah memvaksin penuh 50 peratus populasinya sekali gus menewaskan kadar vaksinasi Covid-19 Amerika Syarikat (AS), lapor stesen televisyen CNN kelmarin.

Menurut Perkhidmatan Kesihatan Kanada, hampir 70 peratus penduduk negara itu  telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, menjadikan Kanada hampir mencapai sasaran imuniti kelompok pada kadar 75 peratus.

Jutaan penduduk Kanada masih berada dalam perintah berkurung semasa musim bunga apabila AS mencatatkan kadar vaksinasi yang tinggi dan rakyat negara itu mula menjalani kehidupan normal.

Bagaimanapun, data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menunjukkan AS telah ketinggalan dengan hanya 48.6 peratus daripada populasinya sudah divaksin.

“Kami telah melihat rekod vaksinasi dan Kanada mendahului dunia dengan pemberian dos pertama dan kami telah menewaskan AS bagi jumlah penduduk yang sudah divaksin sepenuhnya.

“Kami akan terus bergerak maju ke hadapan dan orang ramai perlu terus diberi vaksin dengan dos kedua dan mereka yang masih teragak-agak pula perlu diberikan dos pertama,” kata Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau.

Gelombang ketiga Covid-19 di Kanada memberi beban kepada hospital dan petugas kesihatan.

Kekurangan vaksin pula menjadikan jutaan rakyat Kanada berada dalam keresahan dan terdedah kepada Covid-19. 

Ketua Pegawai Kesihatan Awam Kanada, Dr. Theresa Tam memberi amaran keengganan mengambil vaksin boleh menyebabkan Kanada jauh daripada mencapai sasaran imuniti kelompok. bagi melawan Covid-19. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI