Oleh RAJA JAAFAR ALI
JOHOR BAHRU – Seramai 50 jemaah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’ Onn di sini.
Sebelum dibenarkan memasuki kawasan masjid untuk menunaikan solat, pihak jawatankuasa masjid bersama polis bantuan dan pengawal keselamatan melakukan pemeriksaan kepada para jemaah di hadapan pintu utama seawal pukul 7.30 pagi.
Imam I masjid Abdullah Embong berkata, hanya jemaah yang mendaftar dan telah mendapat suntikan dos pertama dan kedua sahaja dipilih untuk solat Aidiladha.
“Kita faham dengan situasi pendamik Covid-19, hanya jemaah yang tinggal berdekatan Bandar Dato’ Onn antaranya Taman Adda Height, Taman Daya dan Taman Seri Austin yang daftar awal diberi keutamaan dengan syarat telah mendapat suntikan dos pertama atau kedua.
“Jadi setiap taman atau perjiranan kita ambil empat orang,”katanya kepada pemberita selepas selesai menunaikan solat.
Menurutnya, setiap jemaah yang hadir perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) iaitu sentiasa mengenakan pelitup sepanjang berada di masjid, diwajibkan membawa sejadah sendiri dan digalakkan mengambil wuduk di rumah. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929