fbpx

Hadir jamuan Aidiladha, 30 warga asing ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 30 individu warga asing ditahan ketika serbuan polis di sebuah rumah di Taman Selayang Utama hari ini.

GOMBAK – Kegembiraan 30 warga asing dan seorang wanita tempatan menikmati jamuan hari raya di sebuah rumah tidak sampai kemuncak apabila sebuah kediaman di Taman Selayang Utama, Batu Caves, dekat sini diserbu polis, hari ini.

Individu yang berumur antara 20 hingga 40 tahun itu diperiksa dan ditahan ketika serbuan dilakukan di kediaman itu sekitar pukul 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, serbuan dilakukan sebaik polis menerima maklumat daripada penduduk di kawasan berdekatan.

“Siasatan awal mendapati empat daripada mereka memiliki dokumen perjalanan yang sah, enam memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sudah tamat tempoh, manakala 20 lagi tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan.

“Mereka dikesan melakukan kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan iaitu dengan berkumpul dan gagal mengamalkan penjarakan sosial, memiliki PLKS tamat tempoh dan tidak memiliki dokumen perjalanan,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Jelas beliau, wanita tempatan yang ditahan telah dikenakan kompaun RM4,000 mengikut Perkara 16 Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Manakala 29 warga asing lelaki dan seorang wanita pula dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk siasatan lanjut.

“Kesemua tangkapan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang esok untuk permohonan reman,” ujarnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI