fbpx

Gelombang panas punca lebih 1 bilion hidupan laut mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ikan-ikan di sebuah kolam kecil di Tasik Oroville, California mati akibat paras air yang berkurangan akibat gelombang panas pada 24 Mei lalu. -AFP

OTTAWA – Cuaca ekstrem di rantau Barat Laut Pasifik dan Kanada menyebabkan hidupan liar sering kali menjadi yang pertama terjejas, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Dianggarkan sebanyak tiga bilion haiwan terbunuh dalam kebakaran hutan di Australia daripada 2019 hingga awal 2020.

Di negeri Utah, berjuta-juta burung yang tinggal di Tasik Green Salt terkesan akibat kemarau teruk yang melanda barat Amerika Syarikat (AS).

Di California, pegawai-pegawai memberi amaran populasi salmon yang dilindungi mungkin tidak akan dapat bertahan pada musim panas ini. Jutaan ikan salmon telah dipindahkan ke kawasan lain oleh Jabatan Ikan dan Hidupan Liar menggunakan trak khas.

Di negeri Florida pula, jutaan ikan terdampar di Tampa Bay dan pantai St. Petersburg, manakala Jabatan Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida  menyatakan, bencana itu dikaitkan dengan fenomena air pasang merah.

Air laut berwarna merah disebabkan oleh alga itu membawa kepada kematian hidupan liar mati di kawasan itu. Haiwan lain seperti ikan lumba-lumba, penyu laut dan dugong mati semasa bencana serupa pada 2018.

Profesor zoologi di Universiti British Columbia, Christopher Harley mengumumkan lebih satu bilion hidupan laut terbunuh di sepanjang perairan  itu.

Pasukan Harley menganggarkan satu juta kupang telah mati di sebuah kawasan lapang sebesar saiz sebuah gelanggang tenis.

Tambah Harley, dia tidak pasti jika kepupusan sesuatu spesies pernah berlaku akibat cuaca panas, namun kira-kira 75 peratus kupang mati dan terdampar di kawasan yang dia kunjungi. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI