fbpx

Beratur seawal pukul 1 pagi untuk solat Aidiladha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana di Masjid Nabawi yang dipenuhi ramai jemaah seawal pukul 1 pagi untuk menunaikan solat sunat Aidiladha - Foto kredit: Facebook Madinah di Hati

PETALING JAYA – Seorang rakyat Malaysia yang tinggal di Madinah berkongsi semangat penduduk di sana yang sanggup beratur seawal pukul 1 pagi (6 pagi waktu Malaysia) untuk memasuki Masjid Nabawi bagi menunaikan solat sunat Aidiladha, hari ini.

Muhammad Uwais Mohd Rosli yang juga pelajar di Universiti Islam Madinah melalui hantaran di laman Facebook Madinah di Hati berkata, ramai yang sanggup menunggu selama lima jam sebelum solat sunat Aidiladha bermula kira-kira pukul 6 pagi (11 pagi waktu Malaysia).

“Kalau fikir-fikir, siapalah yang sanggup menunggu sehingga lima jam daripada pukul 1 sampai pukul 6. Tetapi sebenarnya ramai sangat yang sanggup di sini,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Menurutnya, jika jemaah datang lewat daripada itu atau tidak sanggup menunggu, masjid biasanya akan penuh dan mereka yang lewat terpaksa pulang kehampaan.

“Begitulah penangan kemeriahan Masjid Nabawi dan betapa bersemangatnya orang sini. Selamat hari raya semua,” ujar anak kelahiran Terengganu itu.

Waktu Subuh di Madinah hari ini ialah pada pukul 4.16 pagi bersamaan pukul 9.16 pagi waktu Malaysia. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI