fbpx

AmGeneral meterai perjanjian jual AGIB bernilai RM2.29 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – AmGe­neral Holdings Bhd. (AGHB) telah memeterai perjanjian dengan Liberty Insurance Bhd. (LIB) untuk cadangan penjualan anak syarikat milik penuhnya, AmGeneral Insurance Bhd, (AGIB) bernilai RM2.29 bilion.

AGHB dimiliki 51 peratus oleh AMMB Holdings Bhd. (AMMB).

Menurut kenyataan AMMB, cadangan yang bakal tertakluk kepada kelulusan pihak berwajib itu menyaksikan AGHB dan LIB bakal melaksanakan perjanjian pembelian saham, yang mana LIB akan mengambil alih 100 pe­ratus ekuiti dalam AGIB daripada AGHB pada nilai RM2.29 bilion.

Bayaran kepada AMMB hasil penjualan saham berkenaan akan dipenuhi dalam bentuk tunai dan ekuiti, yang mana AMMB akan beroleh 30 peratus kepen­tingan dalam perniagaan LIB dan AGIB.

Operasi LIB dan AGIB akan digabungkan selepas penjualan tersebut selesai, AMMB dan Li­berty Mutual Insurance Company, yang merupakan syarikat induk LIB masing-masing akan memegang 30 peratus dan 70 peratus ekuiti dalam LIB dan AGIB.

Selain itu, cadangan jualan tersebut akan membolehkan AMMB meneroka bidang banka­surans secara bersama.

Mengulas mengenai cadangan penggabungan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif AMMB, Datuk Sulaiman Mohd. Tahir berkata, pihaknya berkeyakinan terhadap cadangan transaksi tersebut yang akan membolehkan kumpulan melangkah lebih baik dan mengukuhkan kedudukannya dalam industri insurans.

“Kombinasi entiti ini akan menjadikan sebagai syarikat insurans motor terbesar dan nombor dua terbesar dalam bidang insurans kasualti serta hartanah di pasaran dengan nilai asas premium dijangkakan berjumlah RM2.3 bilion pada tahun 2022.

“Sinergi ini akan meluaskan manfaat kepada pemegang saham, pelanggan, kakitangan dan juga kepada pemegang taruh.

“Kami juga akan memiliki sumber untuk mempercepatkan pembangunan produk dan me­ngadaptasikan inovasi digital,” katanya.

Mengulas lanjut, Pengerusi Kumpulan AMMB Group, Tan Sri Azman Hashim berkata, ini me­rupakan episod baharu buat kumpulan dan pihaknya teruja terhadap perkembangan tersebut.

“Kami telah bekerjasama de­ngan banyak peneraju syarikat insurans sejak beberapa dekad lalu untuk membangunkan perniagaan insurans dan langkah ini akan diteruskan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI