fbpx

ADUN Jeram mohon maaf lemang mentah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pejabat ADUN Jeram mengagihkan lemang kepada masyarakat di DUN tersebut semalam

SHAH ALAM – Niat murni Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd. Shaid Rosli memberikan lemang kepada penduduk bagi menyambut Hari Raya Aidiladha hari ini bertukar duka apabila terdapat lemang yang mentah.

Mohd. Shaid dalam hantaran Facebook rasminya memberitahu, lemang tersebut dibeli daripada empat pengusaha dalam memberikan rezeki kepada mereka.

Beliau turut memohon maaf kepada penerima susulan insiden tersebut.

“Saya meminta maaf apabila menerima aduan berkenaan dengan lemang yang mentah dan tidak cukup masak.

“Niat saya ikhlas beri ruang kepada pengusaha dan memberi lemang kepada pengundi Jeram.

“Namun ada yang gagal dalam menyediakan lemang tersebut menyebabkan penerima rasa kecewa. Penat mereka datang ambil tetapi lemang mengecewakan,” katanya.

Difahamkan terdapat 12 lokaliti pengambilan lemang itu semalam di sekitar Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Jeram termasuk di Desa Coalfield, Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam, Jeram dan Bukit Kerayong.

Beliau memberitahu, insiden itu memberikan pengajaran dalam memilih pembekal pada masa akan datang.

Mohd. Shaid bagaimanapun menegaskan akan membayar pembelian itu daripada pembekal lemang berkenaan.

“Anda tidak perlu risau, saya akan bayar penuh walupun saya tahu lemang dari siapa ( mentah ).

“Cuma elakkan berulang lagi perkara sebegini pada masa depan,” jelasnya. – K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI