fbpx

48 warga Bangladesh, seorang warga tempatan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangap layar video tular memaparkan warga asing mengadakan solat sunat Aidiladha di Taman Pelangi, Juru hari ini.

SEBERANG PERAI – Polis telah menahan 49 lelaki berhubung kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika menunaikan solat sunat Aidiladha di pekarangan Surau Taman Pelangi, Juru di sini hari ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, individu berkenaan ditahan setakat petang ini selepas usaha mengesan mereka digerakkan.

“Setakat ini 49 lelaki ditahan iaitu 48 warga Bangladesh dan seorang warga tempatan,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video orang awam yang didakwa ratusan warga asing sedang melakukan solat sunat Aidiladha di kawasan lapang berdekatan pangsapuri di Taman Pelangi, Juru kira-kira pukul 8.30 pagi.

Mereka berbuat demikian kerana surau berkenaan telah melebihi kapasiti 100 jemaah yang ditetapkan bagi menunaikan solat sunat Aidiladha.

Polis kemudiannya menjalankan usaha mengesan kira-kira 200 individu yang menghadiri acara tersebut. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI