fbpx

2 lokaliti di Sarawak, 6 di Sabah kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Dua lokaliti di Kuching, Sarawak dan enam lagi lokaliti di Sabah bakal dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bermula 22 Julai sehingga 4 Ogos 2021.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan setelah mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19, kerajaan bersetuju untuk mengenakan PKPD di lokaliti-lokaliti terbabit.

“Dua lokaliti di Kuching, Sarawak ialah, Kampung Bintawa Hilir dan Kampung Sungai Tapang. Manakala empat lokaliti di Kota Kinabalu, Sabah ialah, Kilang Papan Lusera Telipok, Kampung Mogiding Malawa dan Kuarters Pekerja Progressif Perwira, Kampung Sinulihan serta University Utama Condominum Fasa 2.

“Selain itu, dua lagi lokaliti adalah di Kampung Guruh-Guruh, Sipitang serta Kampung Air dan Kampung Bokara di Sandakan, Sabah,” jelasnya melalui satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambahnya, prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini. Maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my. -K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI