PUTRAJAYA – Kes harian kembali melepasi 12,000 dengan 12,366 kes, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 939,899 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan sebanyak 5,524 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 1,580 dan Negeri Sembilan sebanyak 970 kes.
“Selain itu, Johor (793 kes), Kedah (701 kes), Sabah (657 kes), Pulau Pinang (460 kes), Sarawak (351 kes), Melaka (309 kes), Perak (295 kes), Pahang (288 kes), Terengganu (190 kes) dan Kelantan (179 kes).
“Putrajaya pula (50 kes), Labuan (17 kes) dan Perlis (dua kes),” menurut ciapan Twitter beliau di sini hari ini. -K!ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929