fbpx

Tiada cuaca ekstrem sepanjang Aidiladha esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Umat Islam di Malaysia boleh menarik nafas lega apabila tiada kejadian cuaca yang signifikan dan ekstrem dijangka berlaku semasa sambutan Aidiladha pada esok hari.

Jabatan Mateorologi (MetMalaysia) berkata, bagaimanapun, angin barat daya yang bertiup dalam tempoh ramalan boleh meningkatkan potensi pembentukan garis badai.

“Potensi pembetukan garis badai itu dijangka berlaku di sepanjang perairan Selat Melaka dan barat Sabah pada sebelah pagi yang membawa keadaan cuaca ribut petir di negeri pantai barat Semenanjung serta barat Sabah.

“Susulan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku kejadian ribut petir,” katanya di sini tadi.

Bercakap mengenai ramalan cuaca esok hari, MetMalaysia menjelaskan, hujan di satu dua tempat dijangka berlaku di kawasan pantai Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah (Kudat dan Pantai Barat) pada sebelah pagi.

“Pada sebelah petang pula, hujan dan ribut petir di satu dua tempat di pedalaman Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor (timur dan selatan), Pahang (timur dan selatan) selain Terengganu, Kelantan, Sarawak serta Sabah.

“Ditempat lain pula tiada kejadian hujan dan ribut petang dilaporkan pada sebelah petang,” katanya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI