PETALING JAYA – Telefon bimbit bukan pintar yang popular sekitar tahun 90-an dijual dalam talian pada harga ratusan ringgit seunit.
Tinjuan Kosmo! dalam sebuah aplikasi e-dagang mendapati ada antara telefon bimbit tersebut dijual pada harga lebih RM700.
Antara telefon bimbit tersebut jenis Nokia 3210 yang dijual pada harga RM400, Nokia 2210 (RM700) dan Motorola D688 (RM700).
Telefon bimbit Nokia 6150 berharga RM420, Motorola Micro 168VA (RM220), Ericson S868 (RM600) dan Samsung N188 (RM500).
Malah telefon bimbit lama jenis Motorola DB890 Dual Band dijual pada harga RM1,200.
Penjual mendakwa telefon bukan pintar tersebut masih elok dan kini bertaraf barangan antik.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada jualan telefon bimbit berkenaan mendapat sambutan ramai. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929