SHAH ALAM – Kerajaan negeri menyasarkan 3,000 individu menyertai Selangor Volunteer ( SERVE ) dalam melancarkan urusan Pusat Pemberian Vaksin ( PPV ) di Selangor.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan negeri, Mohd. Khairuddin Othman berkata, mereka sekurang-kurangnya telah memperoleh satu dos vaksin Covid-19 dan tiada had umur ditetapkan namun sihat tubuh badan.
Katanya, Majlis Penggerak Belia Selangor telah dipertanggungjawabkan dalam mencari mereka yang berminat untuk menyertai sukarelawan itu.
“SERVE bukanlah pesaing sukarelawan Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVAC) yang diperkenalkan Kerajaan Persekutuan.
“Sebaliknya, SERVE bertujuan untuk membantu MyVAC ekoran semakin banyak PPV yang dibuka kerajaan Persekutuan dan negeri ketika ini untuk mempercepatkan program imunisasi yang dijalankan ketika ini,” katanya hari ini.
Beliau terdahulu menyampaikan sumbangan kerajaan negeri berupa wang tunai dan barang keperluan bertugas berjumlah RM48,400 kepada 58 petugas di PPV Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini.
Jelas beliau, SERVE turut akan menjalankan kerja-kerja sukarelawan di semua 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929