fbpx

Polis kesan individu ‘bergelang pink’ masuk farmasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular memaparkan tiga individu bergelang merah jambu hadir ke sebuah farmasi untuk membeli ubat pada 15 Julai lalu. - Foto tular.

SUBANG JAYA – Polis sedang mengesan tiga individu selepas tular sekeping gambar memaparkan mereka hadir ke sebuah farmasi dengan memakai gelang merah jambu dalam kejadian 15 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, susulan penularan gambar tersebut, pasukan Task Force Pematuhan dan Pemantauan Ops Covid-19 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya telah membuat pemeriksaan di premis tersebut di Puchong Perdana, Puchong di sini.

“Hasil temubual terhadap penyelia farmasi mendapati kejadian berlaku pukul 11.20 pagi apabila seorang lelaki bergelang merah jambu telah masuk ke dalam farmasi tanpa membuat imbasan MySejahtera untuk membeli ubat manakala seorang lagi lelaki dan wanita menunggu di luar premis.

“Lelaki tersebut bagaimanapun keluar tanpa membuat sebarang pembelian setelah dimarahi dan diarahkan keluar oleh pekerja farmasi dan empat pekerja farmasi yang bertugas telah diarahkan menjalani kuarantin kendiri sebelum membuat ujian calitan awal,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Abd. Khalid, tiada sebarang laporan polis dibuat susulan kejadian itu namun pihak polis telah mengeluarkan kompaun ke atas farmasi tersebut kerana gagal memastikan hanya pelanggan dengan status ‘Low Risk’ dalam MySejahtera shaja yang dibenarkan masuk ke dalam premis.

“Siasatan awal mendapati dua lelaki dan seorang wanita tersebut telah melanggar arahan kuarantin yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan usaha mengesan mereka diteruskan sehingga kini.

“Siasatan berhubung kejadian masih dijalankan di bawah Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342),” tegas beliau. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI