fbpx

Polis kesan 12 individu makan hidang tepi sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang menunjukkan sekumpulan penduduk kampung makan berkumpulan di tepi sungai dipercayai berlaku sekitar Skudai, Johor Bahru, Johor yang tular sejak semalam.

JOHOR BAHRU – Selepas tular sekumpulan individu yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) apabila disyaki makan durian di tepi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di bandar raya ini, kini tular pula sekumpulan penduduk kampung makan berkumpulan di tepi sungai di sekitar Skudai di sini sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, video yang tular itu memaparkan sekumpulan penduduk kampung makan berkumpulan di tepi sungai sekali gus melanggar SOP Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Katanya, hasil siasatan mendapati video yang tular itu dimuat naik oleh pemilik akaun bernama ‘Atan Abdul’ di Facebook, semalam.

Tambahnya, pihaknya sedang mengesan 12 individu dalam video tersebut yang sedang berkumpul dan makan beramai-ramai di sebuah pondok di tepi sungai di sebuah kampung di Skudai di sini.

“Usaha mengenal pasti kesemua individu berkenaan sedang dilakukan dan setakat ini belum ada lagi tangkapan dilakukan.

“Kandungan video itu memaparkan 12 individu sedang menikmati makanan secara berkumpulan yang jelas melanggar SOP larangan berkumpul.

“Mereka juga jelas tidak mematuhi penjarakan sosial dan tiada memakai pelitup muka seperti yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, tular satu video berdurasi dua minit 17 saat memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita makan beramai-ramai dipercayai di sebuah pondok di tepi sungai di sebuah kampung sekitar Skudai.

Rupiah berkata, kes akan disiasat di bawah Perkara 17(1) Peraturan-Peraturan dan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021 yang memperuntukkan denda RM4,000.

Katanya, kes itu juga disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, jika sabit kesalahan boleh didenda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Pihaknya menyeru orang ramai supaya mematuhi arahan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengekang penularan wabak Covid-19. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI