fbpx

Penganggur dituduh bunuh bapa saudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh, Muhammad Fairus dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak, Johor hari ini bagi atas pertuduhan membunuh bapa saudaranya, Isnin lalu.- Foto: NUR ALINA HASSAN

TANGKAK – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tangkak di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bapa saudaranya, Isnin lalu.

Tertuduh, Muhamad Fairus Osman, 36, yang memakai baju berkolar biru dan berseluar jeans hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Wan Nur Fariha Najwa Wan Azaham.

Mengikut pertuduhan, Muhamad Fairus dituduh telah menyebabkan kematian ke atas seorang warga emas, Muhamad Yusof Md. Said, 72.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Jalan Serom 3 Panggong, Sungai Mati, Tangkak, pada pukul 11.15 pagi, 12 Julai lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Terdahulu, prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Syamilah Jalaluddin dan mahkamah menetapkan 6 September depan sebagai tarikh semula sebutan kes.

Isnin lalu, Kosmo! melaporkan seorang warga emas maut akibat ditikam anak saudaranya selepas berlaku perselisihan faham antara kedua mereka. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI