fbpx

PDRM pertingkat pemeriksaan semasa sambutan Aidiladha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acryl Sani.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan jumlah pemeriksaan serta menggiatkan pergerakan pasukan pemantau pematuhan dalam menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) semasa tempoh sambutan Aidiladha.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pasukan-pasukan pemantau pematuhan akan giat digerakkan di seluruh negara dengan memberi fokus kepada kawasan-kawasan perumahan dan lokasi tumpuan awam.

“Menjelang sambutan Aidiladha esok, PDRM ingin menasihatkan masyarakat agar sentiasa mematuhi SOP sektor sosial iaitu sambutan Hari Raya Aidiladha 2021 yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Pematuhan SOP yang ketat merupakan kunci kepada usaha melandaikan lengkuk jangkitan wabak Covid-19,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Acryl Sani, PDRM komited dalam mengambil tindakan tegas bagi memastikan segala SOP dipatuhi dan mana-mana pihak yang dikesan sengaja melanggar SOP akan diambil tindakan tanpa kompromi.

“Peringatan juga diberikan agar masyarakat tidak menjalankan aktiviti ziarah dan kunjung-mengunjung atau merentas negeri serta daerah sepanjang musim perayaan.

“Sebarang pelanggaran SOP berhubung perkara ini akan diambil tindakan berdasarkan kepada peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” tegas beliau. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI