fbpx

Penganggur dituduh ugut doktor dengan kaki ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengugut seorang doktor lelaki dengan menghantar botol berisi kepala dan kaki ayam, bulan lalu.

Tertuduh, T. Sukmindar Singh, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menakutkan secara jenayah dengan menghantar parcel melalui pos kepada seorang doktor lelaki berusia 55 tahun yang mana di dalam parcel itu mengandungi nota ugutan dan sebuah botol kecil mengandungi sepasang kaki serta kepala ayam.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah klinik di Kota Damansara di sini pukul 3 petang pada 8 Jun lalu mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan jika sabit kesalahan.

Terdahulu ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Zafirah Syed Mustapa mencadangkan jaminan sebanyak RM3,000.

Bagaimanapun, peguam, Datuk Suraj Singh yang mewakili tertuduh, merayu agar anak guamnya diberi ikat jamin pada kadar rendah dengan alasan tertuduh telah hilang pekerjaan ekoran pandemik Covid-19 ketika ini.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Muhammad Iskandar membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,800 dengan seorang penjamin.

Tarikh 12 Oktober depan untuk sebutan semula kes. – K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI