fbpx

MCMC adakan siasatan awam kaji semula standard EMF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengadakan satu siasatan awam di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 bagi mengkaji semula Standard Mandatori untuk Pancaran Medan Elektromagnet (EMF) dari Infrastruktur Komunikasi Radio-Penentuan No. 1 tahun 2010 (MS untuk EMF) bermula hari ini sehingga 17 September depan.

MCMC dalam satu kenyataan berkata, kajian semula ke atas Standard Mandatori untuk EMF itu adalah penting sejajar dengan kemajuan teknologi komunikasi seperti 5G.

Katanya, ia juga penting  bagi memberi jaminan kepada orang awam bahawa pancaran frekuensi radio EMF daripada infrastruktur komunikasi radio di dalam negara adalah selamat serta dikawal selia secara berkesan dan efisien

“Semakan semula ini antara lain akan meliputi proses kemas kini mengenai had pendedahan EMF berpandukan kepada International Commission on Non-Ionising Radiation Protection (ICNIRP) Guidelines terkini yang diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Sehubungan itu, MCMC ingin menjemput orang awam untuk terlibat sama dalam siasatan awam ini dengan melakukan penyerahan secara bertulis,” katanya.

Menurut MCMC, semua penyerahan bertulis yang dihantar dalam tempoh siasatan awam akan diberi pertimbangan sewajarnya oleh dan laporan berkenaan harus diterbitkan dalam tempoh 30 hari selepas berakhirnya siasatan berkenaan.

Bagi penyerahan secara bertulis, suruhanjaya itu berkata, salinan hardcopy dan elektronik perlulah diserahkan kepada pihaknya selewat-lewatnya pukul 12 tengah hari, 17 September depan.

Katanya, ia boleh dialamatkan kepada, Malaysian Communications and Multimedia Commission MCMC Tower 1, Jalan Impact, Cyber 6, Cyberjaya, Selangor atas perhatian Jabatan Pembangunan Teknologi atau emel [email protected] dan faks 03-8688 1000. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI