fbpx

MB Kedah bayar kompaun RM1,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang tular didakwa Muhammad Sanusi mengunjungi sebuah bilik pameran kenderaan di Auto City Juru, Bukit Mertajam pada bulan lalu.

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor telah menjelaskan kompaun sebanyak RM1,500 atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana memandu uji sebuah kenderaan di Auto City Juru, Bukit Mertajam di Pulau Pinang pada bulan lalu.

Pegawai Khas Medianya, Helmi Khalid memberitahu, kompaun tersebut diterima semalam dan pembayaran dibuat di Bahagian Inspektorat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Setar pada hari yang sama.

“Bayaran kompaun sebanyak RM1,500 di PKD Kota Setar itu dibuat oleh seorang pegawai mewakili Menteri Besar tengah hari semalam,” katanya di sini hari ini.

Selain kompaun untuk dirinya, Muhammad Sanusi turut menepati janji untuk membayar kompaun dikenakan terhadap wakil jualan kenderaan tersebut yang hanya dikenali sebagai ‘Ong’ seperti didedahkannya sebelum ini.

“Wakil jualan kenderaan itu juga dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 dan Menteri Besar telah melunaskan bayaran berkenaan,” tambahnya.

Sebelum ini, laporan polis dibuat seorang individu selepas gambar yang mendakwa beberapa individu termasuk Muhammad Sanusi memandu uji sebuah kereta di pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh tersebar di media sosial. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI