fbpx

Mati ke kalau tak balik raya? – Jasmin Hamid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jasmin kecewa dan berang dengan sikap rakyat Malaysia yang masih berdegil untuk pulang beraya di kampung halaman.

PETALING JAYA – Pelakon Jasmin Hamid kecewa dan berang dengan sikap segelintir rakyat negara ini yang masih berdegil mahu pulang beraya ke kampung halaman masing-masing.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Jasmin menyifatkan sikap degil sesetengah pihak tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri itu boleh mengakibatkan keadaan pandemik menjadi bertambah buruk.

“Ini memang betul-betul raya korban (korban Covid). Nak korbankan famili ke? Kes merentas pun dah ikut peratus kes Covid yang makin meningkat.

“Allahuakbhar. Kenapa degil sangat? Jangan salahkan takdir bila kita sendiri yang degil. Nanti bila dah berjangkit Covid dekat famili, baru nak minta maaf pada orang keliling,” tulisnya.

Pada hantaran sama, Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid turut menyeru rakyat belajar daripada kesilapan lama agar tidak berulang buat kali kedua.

“Mati ke kalau tak balik raya? Allah dah tunjukkan macam-macam kejadian dekat kita. Masih tak belajar lagi ke?

“Bila cakap katanya pak menteri dan kayangan boleh langgar prosedur operasi standard (SOP), kenapa kita tak boleh? Habis tu kalau orang terjun lombong, kita pun ikut terjun juga ke?,” soalnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti bersetuju dengan pandangan Jasmin selain meminta individu yang berniat berbuat demikian (balik kampung) menghentikan niat mereka serta-merta.

Kelmarin, jumlah kenderaan yang ingin memasuki Kelantan melalui sekatan jalan raya di Jeli yang merupakan laluan masuk utama dari Utara tanah air dikesan mula meningkat.

Untuk rekod, Malaysia semalam mencatatkan kes positif baharu berjumlah 10,710 kes dengan jumlah kematian paling tinggi dicatatkan sebanyak 153 orang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI