fbpx

Lelaki enggan berkenalan dengan wanita tidak cantik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Profil Paul pada akaun Tinder miliknya yang menulis kriteria wanita-wanita yang ingin berkenalan dengannya. – Tinder

LONDON – Gara-gara meletakkan syarat bahawa wanita yang ingin berkenalan dengannya mestilah mempunyai rupa paras yang amat cantik, seorang lelaki dikecam netizen yang tidak berpuas hati dengan kata-katanya itu di platform perkenalan, Tinder, lapor akhbar The Sun.

Lelaki bernama Paul itu menulis pada profil Tinder miliknya dengan mengatakan bahawa seseorang wanita itu perlu mempunyai skor sebanyak 8.5 atau lebih, dari segi rupa paras jika ingin bertemu janji dengannya.

Menurutnya, rupa paras adalah perkara terpenting yang perlu dimiliki oleh seorang wanita.

“Saya sering bertemu dengan wanita yang memiliki wajah yang sederhana dan hodoh setiap hari, walau ke mana saya pergi.

“Mengapa saya perlu berjumpa dengan orang seperti itu di laman perkenalan? Sila pastikan anda mempunyai skor sebanyak 8.5 atau lebih,” tulisnya pada profil miliknya.

Selain itu, Paul turut mendakwa bahawa dia pernah melakukan hubungan intim dengan ramai wanita paling cantik di dunia.

“Jadi, saya perlukan sesuatu yang boleh mengekalkan perhatian saya.

“Kesimpulannya, rupa paras merupakan aset terpenting seorang wanita dan sesiapa yang tidak mempunyainya (wajah yang cantik) adalah seorang yang bodoh.

“Secara matematiknya adalah, wanita hodoh = lelaki lemah. Faham?” tulis Paul.

Tangkap layar profil lelaki itu telah dikongsi di laman perkongsian Reddit dengan kapsyen sindiran yang berbunyi, “Paul..pencinta sebenar.”

Hantaran itu menerima komen-komen negatif daripada netizen yang menyelar kata-kata Paul.

“Mengaku tidur dengan wanita-wanita paling cantik di dunia, namun tiada seorang pun daripada mereka yang jatuh cinta dengannya dan dia mempunyai akaun Tinder. Itu sudah cukup memberi jawapan kepada saya,” tulis seorang pengguna. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI