fbpx

Kura-kura hilang setahun ditemui di lokasi sejauh 800 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jukes gembira kerana Maxi akhirnya ditemui dan masih hidup. – Solent

LONDON – Seekor kura-kura milik seorang lelaki yang hilang selama setahun dijumpai semula di sebuah lokasi pada jarak hanya 805 meter (m) dari rumahnya, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Kura-kura dinamakan Maxi itu dikatakan memulakan ‘pengembaraan epik’ selepas bejaya menembusi pagar kediaman pemiliknya, Ruaidhri Jukes.

Ia kemudian berjalan pada kelajuan kira-kira 0.1 meter sejam sebelum akhirnya ditemui di sebuah padang milik seorang petani.

Menurut wanita yang menjumpainya, Susie Thomas, dia dan jirannya, Linda Rogers, menemui Maxi ketika sedang membawa anjingnya bersiar-siar.

“Dengan musim menuai yang hampir tiba, amat sedih jika kami tidak menemuinya kerana ia boleh dilanggar oleh jentolak,” kata Thomas.

Mereka kemudian membawa kura-kura itu pulang ke rumah dan berjaya mengesan pemiliknya iaitu Jukes, yang tinggal hanya 966 m dari padang di mana mereka menjumpainya.

Sementara itu, Jukes, yang telah membela Maxi sejak ia berumur 10 tahun berkata, dia amat terkejut sebaik dihubungi dan diberitahu bahawa haiwan peliharaannya itu masih hidup.

Menurutnya, meskipun Maxi pernah hilang beberapa kali sebelum itu, namun ia hanya berjalan sehingga ke taman milik jiran sebelah rumahnya.

“Saya tidak tahu bagaimana ia boleh keluar dari pagar. Tiba-tiba sahaja ia hilang,” katanya.

Maxi kini berada dalam keadaan yang baik dan sedang berehat di rumah Jukes. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI