KUALA LUMPUR – Tradisi membakar dan menjual lemang menjelang hari raya perlu dikekalkan walaupun negara berhadapan pendamik Covid-19 ketika ini.
Perkara tersebut ditegaskan oleh pengusaha lemang, Sahabat Bundle Lemang Panas, Apul, 40, ketika ditemui Kosmo! di gerainya di Lembah Pantai dekat sini hari ini.
Jelasnya, walaupun keadaan negara berhadapan dengan jangkitan Covid-19 yang masih tinggi ketika ini, tradisi tersebut perlu dikekalkan, namun perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Saya membuka tempahan dua tiga hari sebelum ini melalui laman sosial Facebook, alhamdulillah tempahan yang diperoleh amat memberangsangkan. Saya tidak buka untuk jualan secara bersemuka.
“Masyarakat tidak boleh tinggalkan tradisi ini menjelang hari raya walaupun kita masih berhadapan dengan penyakit bahaya yang mengancam nyawa seperti ini,” jelasnya yang sebelum ini bertugas sebagai pengawai peribadi.
Katanya, ini merupakan sumber rezeki baharu bagi keluarganya setelah kehilangan kerja sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak tahun lalu.
“Ini sumber pendapatan saya ketika ini, rezeki tuhan itu luas, janji kita perlu rajin.
“Dengan jualan lemang ini lah saya boleh menampung kehidupan saya dan isteri serta tujuh anak ketika ini,” jelasnya. – K! ONLINE.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929