fbpx

Inisiatif walk-in vaksin untuk individu tercicir, belum dapat janji temu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) menjelaskan inisiatif pemberian vaksin secara ‘walk-in’ bagi individu di Kuala Lumpur dan Selangor bermula Ogos ini adalah untuk mereka yang tercicir dan belum mendapat janji temu.

Menerusi kenyataan akhbar dikeluarkan hari ini, CITF memaklumkan, inisiatif itu bukan ditawarkan kepada orang ramai yang sudah pun diberikan janji temu masing-masing.

“Contoh golongan yang belum mendapat janji temu ini adalah mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan atau perjalanan.

“Individu di Kuala Lumpur dan Selangor yang telah mendaftar bagi mendapatkan vaksin sebelum ini akan diberikan janji temu dalam masa terdekat,” katanya.

Katanya, individu yang masih belum mendaftar tetapi tiada kekangan untuk berbuat demikian juga digalakkan untuk mendaftar untuk vaksinasi secepat mungkin.

Jelasnya lagi, CITF juga ingin memaklumkan bahawa pusat pemberian vaksin (PPV) yang akan beroperasi untuk tujuan walk-in pada bulan Ogos nanti akan dikemas kini dan dimaklumkan kelak.

Tambah CITF, PPV yang ada sekarang tidak semestinya akan dibuka untuk inisiatif walk-in berkenaan.

“Dalam pada itu, CITF ingin menyeru agar mereka yang telah menerima janji temu vaksin untuk menghadiri janji temu pada tarikh dan lokasi PPV yang telah diberikan.

“Ini mengambil kira kehadiran varian baharu yang lebih ganas, kes Covid-19 yang tinggi dan keperluan untuk mendapat perlindungan melalui vaksin secepat mungkin,” katanya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI