TIDAK dapat disangkal, keserasian penyanyi dan pelakon Lee Hyeri bersama pasangannya dalam drama My Roomate Is A Gumiho, Jang Ki-yong menerbitkan rasa teruja dalam kalangan penonton.
Malah Hyeri sendiri mengakui, dia sangat seronok menjalani penggambaran drama berkenaan selain mengagumi watak yang dipegangnya iaitu Lee Dam.
Di sebalik keserasian dalam skrin yang dipaparkan antara Hyeri dan Ki-yong, ada juga peminat yang berasa bimbang dengan hubungan cintanya bersama kekasih hati, Ryu Jun-yeol.
Menjawab ringkas berkenaan hal tersebut, Hyeri bersyukur kerana dia memiliki seorang teman lelaki yang menyokong kuat kariernya selama ini.
“Dia menonton setiap episod sejak dari awal tanpa gagal. Dia selalu menyokong dan memahami.
“Malah, dia juga membuatkan saya rasa dihormati dan saya sangat bersyukur tentang hal itu,” ujar Hyeri seperti memetik laporan Kstarlive.
Drama My Roomate Is A Gumiho mengisahkan tentang Lee Dam, seorang pelajar kolej yang jatuh cinta dan tinggal bersama Ki-yong yang merupakan seekor gumiho iaitu makhluk serigala dalam mitos dan legenda Korea Selatan yang berusia 999 tahun
“Sejujurnya, kami mempunyai personaliti yang berbeza.
“Mula-mula, ada rasa canggung antara satu sama lain, tetapi akhirnya keserasian mudah datang kerana dia merupakan pelakon yang hebat,” ujar Hyeri mengulas tentang keserasiannya bersama Ki-yong.