fbpx

Gagal seludup ikan ketutu, kelah dari Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peti seberat 100 kg berisi ikan ketutu dan kelah yang cuba diseludup dari Indonesia dirampas di Pelabuhan Lumut, hari ini. - Foto: IHSAN MAQIS

LUMUT – Satu cubaan untuk menyeludup ikan ketutu dan kelah tanpa permit berjaya dipatahkan penguat kuasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dalam satu operasi di Pelabuhan Lumut hari ini.

Ikan berkenaan dipercayai cuba dibawa masuk tanpa permit dari Indonesia melalui pelabuhan tersebut.

Maqis dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya mengesan cubaan membawa masuk ikan berkenaan ketika pemeriksaan rutin dilakukan oleh pegawainya.

“Pemeriksaan rutin pada peti-peti ikan import mendapati, satu peti seberat 100 kilogram (kg) yang berisi 90kg ikan ketutu dan selebihnya ikan kelah telah ditemui tanpa permit import Maqis.

“Kesemua barangan tersebut yang dianggarkan bernilai RM10,000 ditahan untuk tindakan lanjut,” kata kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu, perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa permit import yang dikeluarkan Maqis merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI