LONDON – Kerajaan Britain membatalkan sekatan Covid-19 dalam kehidupan harian di England semalam termasuk penjarakan fizikal dalam langkah yang dikecam saintis dan pembangkang sebagai berbahaya dan impaknya tidak diketahui.
Bermula pukul 7 pagi (waktu Malaysia), kelab malam dibuka semula dan tempat tertutup lain dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh, manakala peraturan pemakaian pelitup muka dan bekerja dari rumah dibatalkan.
Perdana Menteri, Boris Johnson bagaimanapun meminta orang ramai supaya tetap berhati-hati.
Beliau mempertahankan pembukaan semula tersebut yang dikenali sebagai ‘Hari Kebebasan, walaupun ramai saintis sangsi akan kenjayaannya selepas kadar jangkitan harian di Britain mencapai 50,000 kes. Hanya Indonesia dan Brazil mencatat jangkitan harian lebih tinggi.
“Jika kita tidak melakukannya sekarang, maka kita akan membuka negara pada musim gugur, musim dingin, ketika virus mempunyai kelebihan dan mengganas kerana cuaca sejuk,” kata beliau dalam satu kenyataan video.
Permulaan cuti sekolah musim panas minggu ini menawarkan “tembakan berharga”, katanya.
Jurucakap kesihatan Parti Buruh yang merupakan parti pembangkang, Jonathan Ashworth berkata, London bersikap cuai sekali gus mengulangi amaran pakar-pakar bahawa pembukaan semula itu terlalu awal dan membahayakan kesihatan global
Setelah kejayaan program vaksinasi yang menyaksikan semua orang dewasa di Britain telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, kerajaan menyatakan bahawa sebarang risiko akan dapat diatasi.
Bagaimanapun, pakar Kolej Imperial London, Profesor Neil Ferguson memberi amaran bahawa Britain akan merekodkan 100,000 kes sehari harian penularan varian Delta Covid adalah tidak terkawal. – AFP